12 maut, kem pelarian Palestin meletup

Iklan
Sekurang-kurangnya 12 orang penghuni kem pelarian Palestin, Burj Shamali di selatan Lubnan maut dalam insiden letupan.

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 12 orang penghuni kem pelarian Palestin, Burj Shamali di selatan Lubnan maut dalam insiden letupan.

Letupan dipercayai berpunca daripada depot simpanan senjata kumpulan Hamas, bagaimanapun tiada angka rasmi dikeluarkan berkaitan mangsa maut dan cedera.

Iklan
Iklan

Laporan awal menyebut, kebakaran bermula daripada satu lori tangki diesel yang kemudian merebak ke masjid berdekatan yang dikawal kumpulan pejuang Palestin.

Kebakaran berkenaan kemudian mencetuskan letupan di gudang senjata yang disimpan di masjid berkenaan.

Iklan

Media tempatan melaporkan Pendakwa Raya telah mengarahkan agensi keselamatan dan pakar senjata menjalankan pemeriksaan ke atas tapak simpanan senjata milik Hamas.

Lubnan menjadi tempat perlindungan ribuan pelarian Palestin dan dipercayai sejumlah 12 kem pelarian wujud di sekitar negara itu.

Iklan

Sebahagian besar kem pelarian ini pula berada di bawah kawalan kumpulan serpihan daripada pejuang Palestin, termasuk pergerakan Hamas dan Fatah. - Awani