Harimau Malaya perlu lebih berdisiplin

Iklan
Syahmi Safari

PEMAIN Harimau Malaya digesa supaya lebih berdisiplin sama ada ketika bertahan atau melakukan serangan dalam usaha mencatatkan keputusan positif apabila berdepan Vietnam bagi aksi ketiga Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 pada Ahad.

Selain itu pemain pertahanan Syahmi Safari, pemain skuad negara juga perlu meningkatkan keupayaan dari segi hantaran bola selain meminimumkan kesilapan-kesilapan mudah pada perlawanan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Memang betul, halangan terbesar kita di Piala Suzuki AFF 2020 adalah Vietnam dan Indonesia, tetapi kita akan berikan fokus berdepan Vietnam dahulu kerana berdepan dengan Vietnam beberapa kali sejak edisi 2018 lalu, sama ada di peringkat kumpulan dan juga di final dan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

"Saya percaya daripada segi taktikal tidak banyak yang berubah, Vietnam kebiasaannya meletakkan lima pemain di bahagian pertahanan dan mereka sangat laju apabila melakukan serangan balas serta menyerang.

Iklan

"Apa pun, jika kita lebih berdisiplin ketika bertahan dan berdisiplin ketika menyerang, Insya-ALLAH, kita akan dapat keputusan yang positif,” katanya pada sidang media dalam talian pada Jumaat.

Untuk rekod, skuad negara mencatatkan kemenangan 3-1 ketika berdepan Kemboja pada aksi pembukaan selain menewaskan Laos 4-0 bagi aksi kedua pada Khamis.

Iklan

Mengenai cabaran beraksi di posisi pertahanan kiri, Syahmi berkata, dia sudah mula dapat menyesuaikan diri bermain di posisi berkenaan.

Malah katanya, dia pernah beraksi di posisi berkenaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ketika berdepan Thailand.

"Rasanya setakat ini semuanya ok, walaupun saya beraksi di posisi pertahanan kanan sebelum ini, cuma di peringkat permulaan memang agak sukar tetapi kini saya sudah boleh membiasakan diri. Yang penting adalah komunikasi serta persefahaman dalam kalangan kami, itu yang lebih penting,” katanya.