JPJ lanjut tempoh diskaun saman sehingga Rabu

Iklan
JPJ menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus sehingga Rabu ini sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Berita baik pelanjutan tempoh itu dimaklumkan JPJ melalui media sosial pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).

"Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ," kata kenyataan tersebut.

Iklan

Pada Selasa, JPJ menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

JPJ memaklumkan, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Iklan

Bagaimanapun, kes dalam perbicaraan dan berstatus waran tangkap serta kes yang masih dalam tindakan senarai hitam, tidak layak mendapat pengurangan tersebut.