44 lagi kematian baharu akibat Covid-19

Iklan
KKM melaporkan 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,831 orang, daripada 2.67 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Iklan

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,873 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Iklan

Daripada jumlah itu, 49,753 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,107 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 4,620 kes dirawat di hospital dan 393 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 181 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 212 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani