Dua kucing mangsa ular sawa

Iklan
Ular sawa cuba melepas diri ketika ditangkap anggota APM

LIPIS - Dua ekor kucing selamat daripada menjadi mangsa ular sawa selepas reptilia itu ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), semalam.

Bagaimanapun, dua lagi kucing yang berada dalam sangkar ditemui mati apabila sangkarnya dipercayai dibelit ular sepanjang 5.64 meter dengan berat kira-kira 100 kilogram itu.

Iklan
Iklan

Kejadian berkenaan berlaku di Kampung Lubuk Kulit, Lipis.

Ular seberat kira-kira 100 kg dan panjang kira-kira 5.64 meter yang ditangkap anggota APM

Penolong Pegawai APM daerah,Azizah Husain memberitahu, ,pihaknya menerima panggilan daripada penduduk terbabit pada jam 7.30 pagi.

Iklan

"Lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi.

"Sebaik tiba di rumah penduduk terbabit, ular itu sedang membelit sangkar kucing itu dan hasil pemeriksaan mendapati dua ekor telah mati.

Iklan

"Ular itu berjaya ditangkap 14 minit kemudian dan dua lagi kucing berjaya diselamatkan," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya,ular terbabit telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah untuk tindakan selanjutnya.