Herman Tino meriahkan Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang

Iklan
Herman Tino menghiburkan orang ramai sambil membawa mesej antirasuah ketika program singgah santun Konvoi #RasuahBusters di Pasar Awam Tanjung Karang pada Sabtu. Foto: ROSLI TALIB

Iklan
Iklan

TANJUNG KARANG - Aktiviti singgah santun Konvoi #RasuahBusters di Pasar Awam Tanjung Karang bertambah meriah dengan kehadiran penyanyi legenda, Herman Tino yang menghiburkan orang ramai.

Sambil menghiburkan orang ramai dengan lagu-lagu hitnya, Herman, 67, atau nama sebenarnya Masrun Tamisi turut menyelitkan pesanan dan peringatan agar masyarakat menolak perbuatan rasuah.

Iklan

Apa yang menarik, penyanyi legenda yang sinonim dengan lagu Melayu Deli itu turut mendendangkan lagu menolak amalan rasuah dalam bahasa Jawa.

Penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu, antaranya 'Derma Bukan Tontonan' dengan tegas menyeru orang ramai tidak terlibat dengan rasuah.

Iklan

Orang ramai tidak melepaskan peluang menyanyi bersama Herman Tino. Foto: ROSLI TALIB

Mesra dengan panggilan Pak Man, penyanyi anak kelahiran Tanjung Karang itu menyatakan dia agak sedikit kekok dan malu menyanyi di hadapan kawan-kawan sekampung, namun tetap bersemangat demi menjayakan misi Rasuah Busters yang hadir di kampung halamannya.

"Saya sangat terharu dan suka dengan kehadiran Rasuah Busters berada di Tanjung Karang hari ini untuk menyampaikan mesej antirasuah kepada orang ramai di sini.

Herman Tino turut menyelitkan pesanan dan peringatan agar masyarakat menolak perbuatan rasuah. Foto: ROSLI TALIB

"Saya ialah orang yang antirasuah dan saya menyanyi hari ini untuk sampaikan mesej tolak rasuah demi kesejahteraan rakyat serta negara," katanya semasa menghiburkan orang ramai di sini pada Sabtu.