Selangor agih RM23.2 juta bantuan sekolah

Iklan
Amirudin (tengah) pada Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah di Sekolah Menengah Persendirian Cina Ping Hwa, Klang pada Sabtu.

KLANG - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM23,209,732 menerusi agihan program bantuan sekolah bagi tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, agihan bantuan berkenaan kini sedang diagihkan kepada 637 buah sekolah di seluruh negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini termasuk sebanyak RM9 juta kepada 137 buah sekolah membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Persendirian Cina.

"Bantuan infra ini diagihkan berdasarkan keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini sekolah berdasarkan borang permohonan yang perlu dilengkapkan setiap sekolah.

Iklan

"Program Bantuan Sekolah ini tetap diteruskan meskipun negara menghadapi pandemik akibat penularan wabak Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah di Sekolah Menengah Persendirian Cina Ping Hwa, di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Exco Industri dan Perdagangan, Datuk Teng Chang Kim serta Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, bermula tahun ini permohonan Bantuan Sekolah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

"Ini bagi memudahkan urusan permohonan malah bermula pada tahun 2022 akses ke SSIPR boleh dibuat melalui aplikasi SSIPR dan permohonan untuk program ini akan lebih mudah dan cepat," katanya.

Kata Amirudin lagi, sektor pendidikan dan isu berkaitan dengannya sangat banyak diperkatakan di media arus perdana, media sosial dan sebagainya.

"Sama ada isu yang melibatkan guru, infrastruktur sekolah, kandungan pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif membantu menyelesaikan infrastruktur sekolah di Selangor dengan hasrat pelajar dapat belajar di dalam persekitaran yang kondusif.