Rakyat Myanmar mengaku bersalah terlibat konspirasi serang Duta PBB

Iklan
Rakyat Myanmar, Ye Hein Zaw mengaku bersalah atas tuduhan terbabit dengan konspirasi menyerang duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Gambar hiasan

WASHINGTON - Rakyat Myanmar, Ye Hein Zaw mengaku bersalah atas tuduhan terbabit dengan konspirasi menyerang duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Sputnik.

"Peguam AS Daerah Selatan New York, Damian Williams hari ini mengumumkan pengakuan bersalah Ye Hein Zaw yang terbabit dalam konspirasi menyerang Wakil Tetap Myanmar ke PBB,” menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Zaw mengaku bersalah pada Jumaat di hadapan Hakim Daerah Philip Halpern, di mahkamah persekutuan White Plains.

Tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan konspirasi menyerang pegawai asing yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun. Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Halpern dijadual bermula pada 10 Mei 2022. - Bernama

Iklan
Iklan