Kejayaan Usahawan OKU

Iklan


Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Mohd Hafiz Almuhaimi Mohd Halim, 31, menunjukkan baju yang dijualnya menerusi aplikasi dalam talian semasa ditemui di Dungun.

Bergelar usahawan bukanlah mudah, apatah lagi untuknya yang menghadapi masalah kesihatan mental, namun bapa kepada seorang anak perempuan itu berjaya membuktikan OKU sepertinya juga mampu berjaya dalam perniagaan.

Beliau yang didiagnosis sebagai penghidap 'Bipolar Disorder' itu mula menceburi bidang perniagaan pakaian sejak tahun 2017 dan jualan tertinggi yang pernah diperolehinya ialah pada Ramadan 2018 dengan jumlah RM100,000.

Mohd Hafiz berjaya mengharungi pelbagai cabaran hasil dan berkat sokongan keluarga, rakan niaga, isteri, Siti Naimah Sidi Ahmad, 29 dan demi tanggungjawab membesarkan anak tersayang, Nur Huwaina yang berusia satu tahun lapan bulan.

Beliau berharap orang ramai terus menyokong perniagaan usahawan OKU sepertinya agar mereka dapat berdikari dalam kehidupan dan cekal seperti orang nornal yang lain. - Foto Bernama