Pertanian moden dan pendidikan, agenda Amar di Bukit Saban

Iklan
Amar (berdiri, empat dari kanan) merakam kenangan bersama peserta pada kempen pembersihan Sungai Paku pada Jumaat.

SPAOH- Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban bakal menikmati penaiktarafan pendidikan serta pertanian moden sekiranya memberikan mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merupakan antara sasaran yang bakal dilakukan oleh penyandang DUN Bukit Saban terbabit dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Iklan
Iklan

Katanya, agenda itu dilaksanakan berdasarkan keluasan tanah yang banyak terdapat di sana selain sebagai usaha memajukan aset penduduk melalui pertanian berasaskan teknologi moden.

"Usaha ini sekali gus dapat menjana pendapatan rakyat dengan meningkatkan produktiviti mereka dalam kedua-dua bidang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pembersihan dan pengindahan Sungai Paku di kawasan pantai Spaoh, di sini pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut katanya, pertanian moden berkenaan akan dilakukan menggunakan kaedah fertigasi dan hidroponik yang sangat cekap dan tidak memerlukan tenaga buruh.

Tambah Amar, dua taman agro telah diluluskan untuk dijadikan pusat pertanian moden iaitu masing-masing di Bebuling dan Lubok Tamang, Saribas.

Iklan

Dalam pada itu, Amar merangkap Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga akan mengutamakan pendidikan kerana baginya, pendidikan merupakan kunci kehidupan yang lebih baik daripada dibelenggu kemiskinan.

"Kita mahu memupuk pendidikan dalam kalangan anak-anak. Setakat ini, terdapat daerah digital pusat komuniti di Spaoh dan akan datang satu lagi akan ditubuhkan di Betong.

"Selain itu, kita juga akan memelihara dan melindungi perpaduan dan keharmonian kaum kerana nilai-nilai ini adalah asas untuk kemajuan di negeri ini," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my