GPS jamin kekalkan keharmonian, kestabilan politik Sarawak

Iklan
Fadillah tiba di Samarindah, Kota Samarahan bagi melihat rancangan tebatan banjir kawasan Kota Samarahan, pada Sabtu.

KOTA SAMARAHAN- Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan untuk sentiasa mengekalkan keharmonian dan kestabilan politik, sekali gus mewujudkan kemakmuran, di negeri ini.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, perkara ini penting menjadi teras agenda pembangunan negeri dan menyediakan kemudahan serta sumbangan kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Hal yang demikian adalah kerana apabila situasi ini tidak tercapai, segala perancangan untuk membangunkan negara akan terjejas dan begitu juga pelaksanaan program yang ditetapkan.

"Seperti yang kita lihat apa yang berlaku di Semenanjung sebelum ini yang akhirnya fokus ke arah pembangunan mula terjejas," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mendengar taklimat rancangan tebatan banjir kawasan Kuching dan Kota Samarahan, di Auditorium Jabatan Pengairan dan Saliran, di sini pada Sabtu.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, sehubungan itu, penting untuk kerajaan mewujudkan kemakmuran di Sarawak dalam meneruskan program bantuan dan pembangunan.

Iklan

Katanya, situasi ini mampu dilaksanakan kerana rekod GPS memastikan kestabilan dan keharmonian kehidupan rakyat begitu baik.

"Dengan rekod prestasi ini rakyat akan memberi sokongan untuk GPS meneruskan kesinambungan perancangan pembangunan sekali gus memastikan kestabilan politik di Sarawak terjaga," katanya yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berhubung kempen yang memasuki hari keenam ini, Fadillah berkata, setakat ini semua kempen di setiap kawasan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Saya melihat calon GPS bergerak aktif di lapangan dan media sosial untuk memperkenalkan diri mereka serta mendekati pengundi.

"Mereka menguar-uarkan perancangan GPS menerusi manifesto yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat dan memastikan Sarawak menjadi negeri yang makmur," ujar beliau.

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my