Tengku Puteri Iman Afzan dilantik Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia

Iklan
Tengku Puteri Iman Afzan -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (WFMH) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan akan menegaskan usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan dan cabaran dasar.

Iklan
Iklan

"Saya telah berpeluang bekerjasama dengan pihak berkepentingan kesihatan mental tradisional dan bukan tradisional. Saya telah melihat bagaimana usaha itu telah menerima sokongan hebat dengan idea-idea baharu dan pandangan tentang cara untuk memecahkan halangan dan mendorong agenda itu di negara kita. Saya tidak sabar untuk menyampaikan kisah Malaysia di PBB.

"Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19 satu penghormatan. Perbualan saya mengenai kesihatan mental berubah menjadi lebih baik.

Iklan

"Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan,” kata Tengku Puteri Iman Afzan.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan bukan sahaja pencapaian buat Malaysia malah pengiktirafan terhadap peranan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai pendukung antarabangsa untuk kesihatan mental.

Iklan

"Kami yakin Tengku Puteri Iman Afzan akan mewakili kepentingan WFMH dan menjadi suara advokasi kesihatan mental di PBB,” katanya.

Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York.

Tengku Puteri Iman Afzan akan disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.

Penugasan itu berikutan pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Oktober 2020 hingga 10 Oktober 2021. - Bernama