BEIJING - China pada Sabtu melaporkan 49 kes baharu Covid-19 melibatkan penularan tempatan, menurut laporan harian suruhanjaya kesihatan.
Daripada kes tempatan baharu itu, sebanyak 38 dilaporkan di Zhejiang, 10 di Mongolia Dalam dan satu di Heilongjiang, lapor Agensi Berita Xinhua.