Kes jenayah: SPRM serah pegawainya kepada polis

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah, baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada polis bagi mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada pihak penguat kuasa itu pada lewat petang Sabtu.

Iklan
Iklan

"SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah.

"Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terlibat," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan