Salah kacau kepulangan Gerrard di Anfield

Iklan
Salah berjaya meledak gol kemenangan Liverpool.

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan gol ke-21 peribadinya pada musim ini apabila membantu Liverpool menewaskan Aston Villa 1-0 sekali gus mengganggu kepulangan Steven Gerrard ke Anfield.

Pada perlawanan itu, Gerrard telah mendapat sambutan hebat di Anfield selepas berdepan dengan bekas pasukannya buat pertama kali dalam kariernya sebagai jurulatih.

Iklan
Iklan

"Saya perlu menerima bahawa ia akan menjadi emosi buat saya dan keluarga.

"Saya cuba mengawalnya, cuba mengawal keadaan bising di luar dan menghormati Aston Villa," kata Gerrard.

Iklan

Dalam pada itu, pengurus Liverpool Jurgen Klopp masih belum berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun berjaya memenangi perlawanan itu.

Jelasnya, pemain Liverpool dilihat dalam keadaan selesa selepas berjaya mendapatkan gol hasil daripada sepakan penalti.

Iklan

"Kami menjaringkan gol menerusi penalti dan pemain rasa lega kerana ia bukanlah perlawanan mudah," kata Klopp.

Dengan kemenangan tersebut, Liverpool kini berada di kedudukan kedua mengutip 37 mata dalam 16 perlawanan dibezakan satu mata dengan Manchester City yang berada di kedudukan teratas liga.