'Pemilihan UMNO mungkin November 2022'

Iklan
Mohamad (tengah) hadir pada Perasmian Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau hari ini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Pemilihan UMNO mungkin boleh diadakan pada bulan November tahun hadapan manakala pemilihan di peringkat cawangan pula diadakan selewat-lewatnya pada Julai.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana penggal yang ada ini akan berakhir sehingga Disember 2022.

Iklan
Iklan

"Jika habis penggal hujung tahun, pemilihan di peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya bulan Julai mesti diadakan.

"Kemudian dua bulan lagi untuk tangguhkan mesyuarat antara cawangan dan bahagian kerana semasa musim pemilihan ini, macam-macam perkara, aduan-aduan mesti kita selesaikan dahulu sebelum diadakan mesyuarat perwakilan bahagian," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau Tahun 2021 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Iklan

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, setakat ini belum ada cadangan supaya lima jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

"Sesiapa yang nak bertanding dengan saya dialu-alukan. Ramai yang nak bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

"UMNO sekarang mengamalkan demokrasi yang benar-benar demokrasi. Insya-ALLAH tiada isu, tapi buat masa ini kita tidak bincang perkara itu," ujarnya.