Korban puting beliung di Kentucky, AS cecah 100 orang

Iklan
Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

ANKARA - Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu, Andy Beshear.

Beliau berkata kawasan itu seperti sudah"hancur, menyaksikan Mayfield antara bandar paling teruk terjejas.

Iklan
Iklan

Bencana itu turut menyebabkan bumbung sebuah kilang lilin roboh mengakibatkan banyak kematian, katanya lapor Anadolu.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 50 orang dipercayai maut akibat puting beliung itu.

Iklan

Sementara itu, Beshear mengisytiharkan darurat dan meminta Presiden untuk mengumumkan darurat persekutuan dengan segera.

Menurut gabenor, seramai 181 pengawal negara telah dikerahkan ke zon terjejas untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan. - Bernama

Iklan