MUKAH - [DIKEMASKINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpotensi meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 jika mereka bekerja dengan keras.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mencapai kemenangan itu, usaha yang paling penting ialah jentera parti sentiasa bekerja kuat.
"Saya sentiasa yakin dan optimis kepada calon PKR yang dipertandingkan pada PRN kali ini.
"Sehubungan itu, saya berharap agar semua jentera PKR untuk kekal melaksanakan tugas dan kerja kuat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika lawatannya ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dan DUN Balingian pada Ahad.
Mengulas mengenai PRN Sarawak, Anwar menjelaskan situasi PRN ini agak sedikit reda berikutan kurang penyertaan.
"Bagaimanapun, ia tidak mudah untuk dinilai kerana kita tak nampak sangat situasi berkenaan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:PRN Sarawak: PKR umum 27 calon