Gaza hukum mati enam pesalah 'sekongkol' dengan Israel

Iklan
GAZA CITY - PALESTIN. Sebuah mahkamah tentera di Gaza yang dikawal Hamas menjatuhkan hukuman mati ke atas enam pesalah termasuk seorang wanita kerana 'bersekongkol' dengan rejim Israel, kata pihak berkuasa.

Seorang wanita bernama Amal menerima hukuman mati tersebut kerana didakwa menggalakkan anak saudaranya di Gaza bersubahat dengan pasukan risikan Israel.

Menurut kementerian dalam negeri, secara keseluruhan, 14 orang dijatuhi hukuman atas tuduhan bekerjasama dengan Israel, namun hanya enam dihukum gantung.

"Para pesalah harus sedar pihak rejim tidak dapat melindungi mereka," kata jurucakap kementerian terbabit, Iyad al-Bozum.

Keputusan dibuat tiga minggu selepas lapan orang terbunuh apabila sel didakwa milik tentera rejim ditemui di Gaza, ia kemudian berlanjutan kepada insiden tembak menembak.

Hamas melepaskan ratusan tembakan roket sebagai membalas serangan Israel yang mensasarkan berpuluh lokasi di Gaza sebelum gencatan senjata dipersetujui.

Hukuman mati berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai kaitan dengan insiden pada 11 November itu. - AFP