Hukum berwuduk ketika wajah masih ada losyen pada muka

Iklan

MESKIPUN tidak mengenakan sebarang solekan, namun ada segelintir wanita mengenakan pelembap atau krim pelindung matahari pada wajahnya.

Bagaimana hukumnya jika mengambil wuduk dalam keadaan memakai produk berkenaan?

Iklan
Iklan

Sebelum menjawab soalan ini, perlu difahami bahawa antara syarat sah wuduk adalah tiada sesuatu yang menghalang air daripada sampai ke kulit.

Selain itu, tiada sesuatu pada anggota wuduk yang mengubah air untuk sampai kepada anggota wuduk.

Iklan

Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW:"Seorang lelaki berwuduk dan telah tertinggal basuhan pada kuku kakinya yang dilihat oleh Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda:"Ulanglah semula dan berwuduklah dengan sempurna. Lalu dia terus mengulanginya dengan sempurna dan mendirikan solat." (Riwayat Muslim)

Tanggalkan pelembap, krim muka atau sebarang kosmetik yang menghalang air wuduk sampai ke kulit sebelum berwuduk. -GAMBAR HIASAN.

Iklan

Justeru, jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan kosmetik yang menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit atau yang mengubah air wuduk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum berwuduk.

Jika tidak, ia akan menyebabkan wuduk itu tidak sah.

Namun begitu, ia dimaafkan jika kesan bahan kosmetik itu, sama ada pelembap atau krim pelindung matahari, terlalu nipis sehingga tidak menghalang air daripada kulit dan terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak tersebut.

Semoga kita dapat melaksanakan segala tuntutan Islam dalam mencari keredaan ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kafi #1080: Hukum Anggota Wuduk Terdapat Pelembap dan Pelindung Matahari, Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)