Insaf selepas bayar saman bawa laju

Iklan

TAWARAN diskaun saman trafik sebanyak 80 peratus selama empat hari bermula 9 hingga 12 Disember sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

Rata-rata balai polis seluruh negara diserbu pembayar yang mahu melunaskan saman tertunggak masing-masing.

Iklan
Iklan

Semuanya sanggup beratur panjang dan dilaporkan perkhidmatan bayaran secara online turut mengalami gangguan seketika.

Ia adalah peluang keemasan untuk membersihkan rekod kesalahan trafik tanpa melibatkan kes-kes berat.

Iklan

Merak Jalanan turut sama mengambil peluang membayar saman apabila hanya perlu membayar RM60 daripada kompaun asal sebanyak RM300.

Berbanding orang lain yang mempunyai senarai saman yang banyak, jumlah perlu dibayar Merak Jalanan adalah sedikit.

Iklan

Namun Merak Jalanan tetap insaf dan akan lebih berhati-hati serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya selepas ini.

Sebenarnya, jika dihitung Merak Jalanan sebenarnya adalah seorang pemandu yang berhemah kerana memikirkan kecuaian di jalan raya bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi membahayakan semua orang.

Misalnya dengan memandu laju, sekiranya terbabas dan memasuki lorong kenderaan, sudah semestinya kita membahayakan orang yang tidak bersalah.

Banyak kesan yang akan diterima daripada tindakan tidak berhemah di jalan raya yang melibatkan harta benda, wang ringgit dan nyawa manusia.

Oleh itu, Merak Jalanan nak pesan kepada pengguna jalan raya yang lain, walaupun dapat bayar kompaun dengan harga diskaun, ambillah pengajaran daripada jumlah saman itu untuk menjadikan kita pemandu lebih baik.

Jika banyak saman melibatkan had laju, maka insaflah dan berubahlah menjadi lebih baik dengan memandu mengikut peraturan ditetapkan.