22,774,778 populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksin

Iklan
Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Ahad. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Ahad.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sejumlah 98.7 peratus atau 23,096,370 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 86.5 peratus atau 2,724,110 individu populasi remaja (berumur antara 12 hingga 17 tahun) telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,825,229 individu atau 89.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 67,376 dos vaksin telah diberikan pada Ahad melibatkan 63,889 dos penggalak, 2,005 dos kedua dan 1,472 dos pertama.

Iklan

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 54,891,289 dengan 3,663,587 daripadanya adalah dos penggalak. - Bernama

Iklan