Penanaman Nanas

Iklan

Penanam nanas dari Kampung Sumping, Sumping Bayi menunjukkan hasil buah nanas yang ditanam di Tanah Adat Bumiputera (NCR) secara kecil-kecilan yang hasilnya kemudian akan dijual di Pasar Tamu Sentral Sarikei ketika tinjauan di Muara Payang, Sarikei hari ini.

Kewujudan tanah gambut yang subur menyebabkan masyarakat Iban di Muara Payang mengusahakan tanaman nanas dan hinggakan pada 2017, hampir semua 11 buah keluarga di perkampungan itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.

Iklan
Iklan

Muara Payang sebuah kawasan di bawah Dewan Undangan Negeri N.41 Kuala Rajang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) 18 Dis ini, yang menyaksikan pertembungan empat penjuru diantara Abang Aditajaya Abang Alwi (Bebas), Datuk Talif @ Len Salleh (GPS), Wong Ling Ching (PBK) dan Abd Mutalip Abdullah (Bebas). - Foto Bernama