Jangan cemas dengar tembakan di Lumut Jumaat ini

Iklan
Orang ramai dan penduduk di sekitar Lumut diminta untuk tidak cemas sekiranya mendengar bunyi tembakan kerana ia adalah latihan oleh Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) pada Jumaat ini. - Gambar hiasan

IPOH - Orang ramai dan penduduk di sekitar Lumut diminta untuk tidak cemas sekiranya mendengar bunyi tembakan kerana ia adalah latihan oleh Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) pada Jumaat ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan praktikal Menyelamat Tebusan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat Paskal Siri PKL/25/TJD/21 itu akan diadakan di sekitar simpang empat Bukit Permata, Jalan Teluk Muruh, Lumut bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Justeru, dimohon kepada penduduk sekitar dan orang awam supaya tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu dinyatakan.

"Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja,” menurut kenyataan tersebut. - Bernama

Iklan
Iklan