M Nasir positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

Iklan
M Nasir positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak Ahad. - Gambar Instagram M Nasir

KUALA LUMPUR - Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak Ahad.

Perkara itu disahkan oleh isterinya Datin Marlia Musa.

Iklan
Iklan

"Beliau (M. Nasir) buat ujian kendiri semalam sebab sepatutnya ada program di Pest Buku Selangor. Bila keputusan positif, kami ambil buat ujian PCR dan keputusan hari ini juga positif.

"Setakat ini beliau tidak apa-apa gejala dan hanya jalani kuarantin kendiri," kata Marlia ketika dihubungi.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Marlia dan anaknya Suci Musalmah turut melakukan ujian dan keputusan yang diperoleh mereka negatif. - Awani