Impian sejak kecil Verstappen

Iklan
Max Verstappen. - Foto AFP

PELUMBA Red Bull, Max Verstappen akhirnya merangkul kejuaraan Formula Satu (F1) sulungnya apabila mengungguli Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina, dengan mengetepikan pencabar terdekat, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir perlumbaan.

Lebih manis kejuaraan dirangkul pelumba dari Belanda yang memulakan penampilan di pentas F1 sebagai rookie berusia 17 tahun pada 2015 disifatkan penuh dramatik apabila menafikan hasrat pesaing utama dari Britain itu untuk merangkul kejuaraan kelapan musim ini.

Iklan
Iklan

"Ia gila, biarpun begitu saya sangat gembira. Matlamat saya semasa kecil adalah untuk menjadi pemandu F1 dan mengharapkan kemenangan, berharap berada di podium serta apabila berharap dimainkan lagu kebangsaan anda.

"Dan kemudian apabila mereka berdiri di sini dan mereka memberitahu anda adalah juara dunia, ia adalah sesuatu yang luar biasa. Semua perkara kembali ke fikiran anda, sepanjang tahun perjalanan untuk matlamat itu,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, Hamilton berkata:"Saya mula menyedari ancaman itu datang selepas menjulang kejuaraan keempat pada 2017.

"Selalu ada seseorang menunggu untuk mengambil kedudukan saya. Saya mempunyai Max yang hanya duduk di sana menunggu untuk mengambilnya,” katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN :Verstappen juara dunia F1