Omicron: UK pertingkat tahap amaran Covid-19

Iklan
United Kingdom pada Ahad meningkatkan tahap amaran Covid-19 kepada tahap empat, tahap kedua tertinggi di tengah-tengah lonjakan kes varian Omicron.

ANKARA - United Kingdom pada Ahad meningkatkan tahap amaran Covid-19 kepada tahap empat, tahap kedua tertinggi di tengah-tengah lonjakan kes varian Omicron, lapor Agensi Anadolu (AA).

Keputusan itu dibuat atas saranan empat ketua pegawai perubatan negara dan pengarah perubatan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), kata Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

"Jangkitan Covid-19 sudah tinggi dalam masyarakat, penularan terutamanya adalah daripada (varian) Delta, tetapi kemunculan Omicron menambah risiko dan peningkatan ketara kepada perkhidmatan awam dan penjagaan kesihatan," kata mereka.

Bukti awal juga menunjukkan bahawa Omicron merebak lebih cepat berbanding Delta.

Mengikut panduan kerajaan, tahap empat bermaksud"wabak Covid-19 sedang menular; penularan adalah tinggi dan tekanan Covid-19 terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah meluas dan ketara atau meningkat."

Iklan

Negara itu berada di tahap tiga sejak Mei. UK telah melaporkan 3,137 kes varian baharu setakat ini. - Bernama

Iklan