Kerajaan campuran: Itu cuma spekulasi, kata Annuar

Iklan
Annuar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran antara UMNO dan Pas hanya spekulasi kerana buat masa ini, ia hanyalah pembentukan jawatankuasa teknikal membabitkan wakil kedua-dua parti.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, kerjasama antara dua parti besar itu masih lagi di peringkat awal.

Iklan
Iklan

"Kerjasama UMNO dan Pas masih di peringkat awal, kita tubuh jawatankuasa teknikal kemudian kita lihat dari pelbagai kemungkinan bagaimana kita boleh laksanakan kerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan campuran: Bukti Husam bercakap benar

Iklan

"Jadi buat masa ini tidak ada apa-apa berlaku di semua kerajaan (di negeri Pas dan UMNO). Lima ahli daripada Pas dan UMNO masih melakukan kajian dan cuba buat cadangan, kita akan berjumpa hujung bulan ini

"Dua jawatankuasa teknikal dari Pas dan UMNO, kemudian berbincang hala tuju tentang kerjasama dan selain daripada itu isu-isu lain adalah spekulasi," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

Menurutnya, buat masa ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad Idris Ahmad akan berbincang peta kerjasama ini dalam jawatankuasa teknikal.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, isu kerajaan campuran masih terlalu awal malah ia tidak dibincangkan lagi.

"Kita tidak hanya lihat pada satu dua negeri tetapi senario keseluruhan negara (nasional), senario politik nasional.

"Kita perlukan hala tuju yang jelas dan dipersetujui kedua-dua parti. Tindakan selanjutnya adalah bukan hanya terhenti kepada kerjasama UMNO dan Pas tetapi ke hadapan khususnya parti orang bukan muslim. Tidak boleh hanya satu kaum perlu bekerjasama dengan semua," ujarnya.

Ujar Annuar, kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas adalah perkara serius kerana perlu ada parti alternatif kepada rakyat memandangkan PH tidak menjalankan tugas kepada rakyat.

"Kerajaan negeri Perak dan Kedah, buat masa ini status quo kekal, semua bergantung kepada ADUN. Tapi kalau ada perubahan ia bergantung kepada mereka.

"Ketika ini ada majoriti mudah sahaja dan beberapa bekas ADUN BN, jadi sewaktu ini tidak ada apa-apa berlaku di semua kerajaan (di negeri Pas dan UMNO)," katanya.