KUALA LUMPUR - Polis telah memanggil individu yang memandu kenderaan melawan arus di Bulatan Cheras di sini pada Ahad untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 8.28 malam sebelum tular di TikTok.