Liew Daren mula langkah kanan di Kejuaraan Dunia

Iklan
Liew Daren

LIEW Daren menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejuaraan Dunia di Huelva, Sepanyol pada Isnin selepas menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 21-14, 21-14 dalam aksi pusingan pertama.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara yang berkedudukan ranking ke-36 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan dalam perlawanan yang berlangsung selama 39 minit.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu akan menentang pemenang perlawanan antara pemain India, HS Prannoy dengan Ng Ka Long dari Hong Kong.

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan ketiga Daren ke atas pemain berusia 32 tahun selepas saingan Terbuka India 2018 dan Kejuaraan Dunia 2018.

Iklan
Iklan