Undi awal, tiga cerita PRN Sarawak

Iklan
12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. - Foto Bernama

PROSES pengundian awal Pilihan Raya Negera (PRN) Sarawak membabitkan 23,043 pengundi bakal berlangsung di 85 pusat pengundian awal mulai 7.30 pagi hingga 5 petang hari ini.

Dilaporkan jumlah itu terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, menjelang tarikh pengundian pada Sabtu iaitu 18 Disember ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporan melakukan kempen pecutan akhir dengan hadir ke kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Meskipun terpaksa berdepan kekangan masa disebabkan jarak setiap kawasan DUN yang agak jauh, kaedah ‘tunjuk muka’ itu dilihat terus dijadikan sandaran dalam meraih sokongan pengundi.

Iklan

Ini kerana tidak dinafikan, kehadiran nama-nama besar parti yang bertanding turut memberi impak yang boleh mempengaruhi pengundi apatah lagi sekiranya dihidangkan dengan hujah-hujah yang meyakinkan mengenai isu-isu berbangkit yang dijadikan modal kempen.

Namun mampukah Anwar ‘menebus kekalahan’ PKR di PRN Melaka dengan bersandarkan 28 kerusi DUN yang ditandingi PKR di PRN Sarawak ini?

Iklan

Ia hanya akan akan terjawab sebaik berakhirnya PRN Sarawak nanti.

Lain pula kisahnya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila parti itu dilaporkan membuat keputusan untuk menggugurkan keanggotaan tiga ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas dalam PRN Sarawak kali ini.

Mereka yang terlibat adalah Ketua Bersatu Hulu Rajang, Siki Balarik yang bertanding di Belaga; Ketua Bersatu Samarahan, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan aktivis Bersatu, Ricky Enteri (Bawang Assan).

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian yang berkata, keanggotaan ketiga-tiga mereka dianggap gugur secara automatik selepas enggan menarik diri daripada bertanding di kerusi masing-masing selari dengan pendirian Bersatu untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak.

Sementara itu, kempen PRN Sarawak yang berlangsung telah merekodkan enam tindakan kompaun berjumlah RM31,000.

Media melaporkan, tindakan itu ekoran kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan kepada individu terlibat bagi kesalahan bermula 6 Disember hingga Ahad.

"Kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).

"Dalam tempoh itu juga, sebanyak 39 kertas siasatan dibuka. Sebanyak 1,837 permohonan bagi mendapatkan permit diterima serta diluluskan kepada calon-calon dan parti bertanding di seluruh negeri,” katanya seperti dilaporkan pada Ahad.


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my