872 anggota polis, pasangan buang undi di Mes IPK Sarawak

Iklan
Suasana sekitar proses pengundian awal di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak di Kuching pagi ini. - Astro Awani

KUCHING - Seramai 872 pegawai, anggota polis dan pasangan yang layak mengundi bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya menunaikan tanggungjawab hari ini.

Ia melibatkan pengundi awal di DUN Tupong, Samariang dan Satok.

Iklan
Iklan

DUN Satok menyaksikan pengundi awal paling ramai iaitu 823, diikuti Samariang dengan 38 dan Tupong, 11 pengundi.

Selain itu, 20 pengundi awal melibatkan tiga DUN tersebut akan mengundi melalui pos.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka empat saluran mengundi, terdiri daripada dua untuk DUN Satok dan masing-masing satu bagi DUN Tupong dan DUN Samariang.

Para pengundi awal dilihat membanjiri pusat pengundian seawal 7.20 pagi.

Iklan

Turut kelihatan, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, calon PKR DUN Tupong Ahmad Nazib Johari dan Calon PKR DUN Satok Datuk Ir Nor Irwan Ahmat Nor.

Pusat pengundian awal Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak dibuka bermula 7.30 pagi hingga 5 petang. - Awani


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my