KAPIT - Proses pengundian awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram berjalan lancar setakat jam 9 pagi ini.
Bagi proses tersebut, ia dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang.
Menurut Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Cerisologo Sabut, seramai 96 anggota polis dan isteri akan menunaikan tanggungjawab hari ini.
"92 anggota dan pegawai terlibat akan melakukan mengundi pada hari ini dan empat yang lain sudah mengundi secara pos.
"Pusat mengundi ini akan terus dibuka dan diharap semua pengundi yang disenaraikan sempat menunaikan tanggungjawab sebelum jam 5 petang,” katanya.
Proses pengundian awal ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan SPR.
Seramai 20 petugas juga bertugas di sini bagi melancarkan proses pengundian sepanjang hari ini.
Untuk rekod, 23,043 pengundi akan Awani
Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my