Panglima Tentera Darat mengundi awal di Kem Muara Tuang

Iklan
Zamrose dan isteri, Puan Sri Zainuriah antara yang terawal melaksanakan tanggungjawab mengundi di hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di sini, pada Selasa. - Foto Bernama

KUCHING - Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha adalah antara yang terawal melaksanakan tanggungjawab mengundi di hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di sini, pada Selasa.

Beliau selesai mengundi pada pukul 9.29 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Antara yang turut mengundi awal hari ini adalah Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa dan isteri Datin Norziati Othman.

Sejumlah 2,321 pengundi awal dalam kalangan anggota tentera dan pasangan dijangka melaksanakan undi awal di lima saluran yang disediakan di Pusat Pengundian Awal Kem Muara Tuang, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang ini.

Iklan

Keseluruhannya 12,585 anggota tentera dan pasangan akan melaksanakan pengundian awal pada PRN12 ini di 16 pusat mengundi di seluruh Sarawak melibatkan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim tiba 9.14 pagi untuk meninjau proses pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan di Pusat Mengundi Awal Dewan Serbaguna, Kem Muara Tuang itu. - Bernama

Iklan


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my