PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan kapten skuad kendaliannya itu tidak akan beraksi ketika berdepan West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Khamis.
Menurut Arteta, Aubameyang kini digantung daripada kesebelasan utama The Gunners kerana telah melangar syarat-syarat yang ditetapkan oleh skuad The Gunners itu.
"Ini bukan kali pertama kita mengambil keputusan seperti ini (menggugurkan atau menggantung) Aubameyang kerana ia pernah dilakukan sebelum ini.
"Bagaimanapun, dan kita sendiri tidak dapat memastikan apakah ia (penggantungan) berkenaan adalah untuk satu perlawanan sahaja atau dilanjutkan lebih lama.
"Sudah pasti perkara ini (penggantungan) Aubameyang akan memberikan kesan kepada persiapan kita, tetapi ia adalah perkara perlu dilaksanakan kerana dia (Aubameyang) telah melanggar peraturan yang ditetapkan sebelum ini,” katanya.
Untuk rekod, Aubameyang dikenakan tindakan penggantungan berkenaan berikutan kegagalan pemain kelahiran Gabon itu melaporkan diri untuk menjalani latihan minggu lalu.
Justeru ketiadaan Aubameyang menyaskikan penyerang, Alexandre Lacazatte diberikan tanggungjawab untuk memikul tugas selaku kapten skuad The Gunners.
Untuk rekod, Arsenal kini berada pada kedudukan ke-6 EPL dengan 26 mata setelah mengharungi 16 perlawanan, setakat ini.
Sementara itu, menurut Arteta keputusan untuk menggantung Aubameyang sememangnya satu keputusan yang sukar, apatah lagi pada ketika Arsenal kini berada pada momentum yang agak baik dalam carta EPL.
"Memang sukar untuk kita, tetapi kita perlu laksanakan tindakan ini kerana ia melibatkan soal disiplin.
"Oleh itu, kita kena konsisten tiada tolak ansur dan kita akan teruskan (persiapan perlawanan) seperti biasa,” katanya.