Dua pegawai polis maut, 12 cedera serangan di Kashmir

Iklan
Dua pegawai polis terbunuh dan 12 yang lain cedera dalam serangan militan pada Isnin di Jammu dan Kashmir yang ditadbir India. - Foto AP

SRINAGAR - Dua pegawai polis terbunuh dan 12 yang lain cedera dalam serangan militan pada Isnin di Jammu dan Kashmir yang ditadbir India.

Militan melepaskan tembakan ke arah bas yang membawa anggota polis di kawasan Zewan di Srinagar, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan polis.

Iklan
Iklan

Seramai 14 pegawai cedera dalam serangan itu, dengan dua anggota - penolong sub-inspektor dan seorang konstabel - meninggal dunia di hospital dan kawasan itu kini dikepung untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan pencarian.

Pada Isnin, polis berkata, dua militan terbunuh ketika berbalas tembakan di pusat pemeriksaan di kawasan Rangreth di Srinagar.

Iklan

Militan yang maut itu, lelaki Kashmir bernama Adil Ahmad Wani yang juga penduduk daerah Shopian manakala seorang lagi"militan asing" tidak dikenali, menurut kenyataan polis.

Kejadian pada Isnin itu berlaku hanya dua hari selepas militan menembak mati dua pegawai polis, di daerah Bandipora. - Bernama

Iklan