Premis simpan arak tidak bercukai di serbu

Iklan
Kesemua suspek ditahan bersama kelengkapan memproses arak dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Teratai Bukit Serampang.

TANGKAK - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2) Johor merampas sejumlah 468.92 liter minuman keras yang tidak bercukai bernilai RM49,049 dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Teratai Bukit Serampang.

Timbalan Komander PPMW2 Johor, Superintendan Noor Azman Jamal berkata, operasi pencegahan kontraban pada pagi Isnin itu turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 18 hingga 32 tahun bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, premis berkenaan dipercayai menjadi stor simpanan arak tidak bercukai dan polis kini masih menyiasat bagi mengenal pasti peranan dan tugas tiga suspek terbabit.

"Kita turut menemui beberapa kelengkapan untuk memproses arak dan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran arak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan

Noor Azman berkata, tangkapan dan kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Memperbaharui Undang Undang (Penghapusan Samsu Gelap),” katanya.

Iklan