PPS SK Sungai Kechil Ulu ditutup

Iklan
Anggota APM Bandar Baharu membuka khemah yang menempatkan mangsa banjir selepas PPD di SK Sungai Kechil Ulu ditutup pada Selasa. - Foto ihsan APM

ALOR SETAR - Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu di Bandar Baharu yang menempatkan 23 mangsa daripada 11 keluarga ditutup sepenuhnya jam 2 petang pada Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa termasuklah dua bayi perempuan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Iklan
Iklan

"Penduduk terjejas dari Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Taman Cahaya Nilam dan Sungai Tepus pulang ke rumah masing-masing bagi proses pembersihan.

"Mereka dibenarkan pulang selepas keadaan cuaca cerah dan air didapati telah surut sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, pihaknya mendapati paras air sungai telah berada pada paras normal dan paras air di luar rumah mangsa terjejas juga telah surut

Pada Isnin, sebuah PPS dibuka di Bandar Baharu bagi menempatkan mangsa selepas rumah mereka terjejas dalam kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat lebih satu jam.

Iklan

Katanya, hujan lebat bermula jam 3.15 petang Isnin itu menyebabkan air sungai melimpah dan saliran parit yang tersumbat telah menyebabkan air melimpah memasuki rumah penduduk.