KUCHING - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) berakhir jam 5 petang Selasa.
Pengundian awal PRN12 kali ini melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan, yang dilaksanakan di 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan di pusat mengundi.
Iklan
Iklan
Proses mengundi awal diadakan sejak jam 7.30 pagi.
Tinjauan Bernama di lokasi pengundian awal di beberapa lokasi mendapati proses berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh turut hadir meninjau proses pengundian awal di beberapa lokasi seperti di Dewan Bukavu Kem Penrissen dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin di sini. - Bernama
Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my