PRN Sarawak: PSB ajak pengundi turun beramai-ramai

Iklan
Soon Koh

SIBU - Kekeliruan yang berlaku dalam arena politik sekali gus menyaksikan perubahan kerajaan antara punca ramai yang tidak mahu turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Rakyat merasa kecewa dengan apa yang telah berlaku sejak setahun dua lalu terutama di Semenanjung Malaysia.

Iklan
Iklan

Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Seri Wong Soon Koh berkata, raykat Sarawak merasakan tiada makna untuk mengundi atau melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Pada mereka siapa juga yang dipilih, tidak lagi boleh dipercayai," tegasnya pada sidang media di Pejabat PSB Bawang Assan, pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun, calon kerusi DUN Bawang Assan itu menasihati orang ramai keluar mengundi pada 18 Disember ini.

Kata beliau, ini penting dalam menentukan masa depan serta hala tuju negeri untuk masa lima tahun akan datang.

Iklan

Menurutnya, beliau mendapat tahu ramai rakyat terutama pengundi enggan keluar mengundi pada 18 Disember ini atas sebab-sebab tertentu.

"Selain keliru perubahan politik, ramai merasakan pandemik Covid-19 masih serius walaupun angka atau kes menunjukkan penurunan.

"Mereka percaya angka itu tidak mengambarkan keadaan sebenar Covid-19 menyebabkan mereka bimbang dengan kesihatan serta dijangkiti Covid-19 jika keluar mengundi," tambahnya.

Dalam hal berkaitan, bekas menteri kewangan itu menjelaskan, pengundi perlu datang mengundi pada waktu tertentu yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh katanya, pengundi diminta datang mengundi antara jam 9 hingga 10 pagi, bagaimanapun mereka mungkin sibuk pada waktu tersebut.

"Namun ingin ditegaskan ini hanya garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggelakkan kesesakan di pusat mengundi.

"Ini sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan dengan cara ini ia dapat mengurangkan kesesakan di pusat mengundi.

"Jangan salah faham jika tidak datang pada waktu yang telah ditetapkan, anda tidak boleh mengundi. Anda tetap boleh mengundi pada bila-bila masa sehingga pusat mengundi ditutup," ujar Wong.