Masyarakat perlu buka mata kekejaman terhadap Uighur: ABIM

Iklan
Muhammad Faisal Abdul Aziz

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa masyarakat supaya membuka mata mengenai kekejaman dilakukan kerajaan China terhadap etnik Muslim Uighur di wilayah Xinjiang serta etnik minoriti dan penganut agama lain di republik tersebut.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia susulan daripada satu penghakiman Uighur Tribunal iaitu Tribunal bebas yang menjelaskan wujudnya elemen ‘genocide’ atau langkah penghapusan kaum oleh kerajaan China terhadap etnik minoriti itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara tindakan ‘genocide’ dikesan Tribunal Bebas yang dipengerusikan Geoffrey Nice baru-baru ini adalah menghalang kelahiran bayi etnik tersebut secara sistematik dan pemaksaan pengambilan ubat merosakkan fungsi kelahiran terhadap tahanan wanita Uyghur.

"Selain itu, wujud juga elemen wanita yang sedang mengandung dipaksa untuk gugurkan kandungan, wanita Uighur dipaksa membuang rahim dan menjalani ‘effective strerilization’ menerusi ‘Intrauterine Device’ (IUD) yang hanya boleh dibuat menerusi kaedah pembedahan.

Iklan

"Pada masa yang sama, Tribunal tersebut mengesahkan berlakunya penindasan yang berat ke atas etnik Muslim Uighur di wilayah Xinjiang tersebut.

"Antara bentuk penindasan termasuk warga Uighur ditahan dan dipisahkan daripada keluarga mereka di dalam kem selain ada dalam kalangan mereka yang dibunuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Muhammad Faisal berkata, penghakiman yang dibuat setelah melalui proses pendengaran daripada saksi keluarga mangsa dizalimi termasuk pakar dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa turut mendapati bahawa berlakunya larangan terhadap penggunaan termasuk tudung, janggut, doa dan solat serta pembelajaran ilmu agama

Sehubungan itu, beliau berkata, ABIM menggesa seluruh masyarakat untuk melanjut dan meluaskan kempen kesedaran di seluruh dunia untuk menyedarkan masyarakat tentang penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam Uighur.

"Masyarakat dunia perlu secara tegas menyuarakan solidariti buat umat Islam Uighur dan etnik lain yang ditindas atas dasar perikemanusiaan serta hak asasi manusia sejagat,” jelasnya.