Covid-19: Lebih 6,000 dikenakan kompaun langgar SOP

Iklan

KUALA LUMPUR - Seramai 3,011 individu dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana tidak memakai pelitup muka dalam komuniti setakat Isnin, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Ago Dagang berkata, seramai 3,082 individu pula dikenakan kompaun kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal dalam tempoh yang sama.

Iklan
Iklan

"Dengan kemunculan varian baharu Covid-19 Omicron, kita dapati negara seperti United Kingdom (UK) menyarankan kembali agar rakyat negara itu meningkatkan amalan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Mohamaddin Ketapi (Bersatu-Lahad Datu) yang ingin tahu sama ada Kementerian Kesihatan akan melonggarkan prosedur operasi standard seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal memandangkan kebanyakan negara Eropah khususnya UK tidak mewajibkan lagi pemakaian pelitup muka. - Bernama

Iklan
Iklan