Beri nafkah kepada isteri tidak bermakna boleh nafikan hak lain

Iklan
Suzana Ghazali selaku panelis Program Wacana Al-Quran bertajuk ‘Nafi hak pasangan: Adakah satu keganasan? ‘ disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM - Pemberian nafkah oleh suami tidak menghalalkan perbuatan penganiayaan terhadap seseorang isteri.

Penolong Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, kerana itu wanita harus memahami konsep taat sebagai seorang isteri yang ditetapkan agama Islam.

Iklan
Iklan

"Saya lihat, kenapa masyarakat kita khususnya isteri dinafikan hak dalam keadaan mereka masih reda dan masih membenarkan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap konsep taat kepada suami.

"Bagi mereka, apa pun berlaku tetap kena patuh pada suami. Ini tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya isteri kena faham sejauh mana mereka perlu taat kepada suami.

Iklan

"Walaupun suami bagi nafkah, bukan bermakna boleh membiarkan diri isteri dianiaya,"katanya selaku panelis Program Wacana Al-Quran bertajuk ‘Nafi hak pasangan: Adakah satu keganasan? ‘ disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Jelas beliau, wanita perlu sedar apa yang mereka boleh lakukan demi menuntut hak sebagai isteri dengan meletakkan hukum syarak sebagai keutamaan.

Iklan

"Perlu diingatkan bahawa perkahwinan adalah untuk kebahagiaan suami dan isteri. Sekiranya isteri tidak bahagia, dia kena cari jalan untuk berdamai, termasuk menegur suami.

"Jika itu tak berhasil, kena ubah prinsip, tuntut hak kita seperti Islam tentukan. Kuasa cerai bukan semata-mata di tangan suami, elak isteri terus menderita, elak suami terus lakukan dosa.

"Jika sayangkan pasangan, usaha ubah sikap pasangan, kalau pasangan tak mahu berubah mungkin dengan kehilangan baru dapat mengubahnya," ujarnya.