KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian hubungan dengan UMNO masih lagi diperingkat ta'wun, bukan tahaluf, walaupun berjaya bekerjasama dengan baik dalam beberapa PRK sebelum ini.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ada keperluan untuk bertahaluf, maka ia akan dibincangkan dalam muktamar parti itu.
Iklan
Iklan
"Sekarang ini masih belum sampai ke situ lagi (tahaluf), hanya peringkat kerjasama sahaja, ta'wun, bukan tahaluf. Tahaluf tu tengok keadaanlah, sebab itu kita tubuh satu jawatankuasa bersama untuk kita bincang keperluan semua ini.
"Masih terlalu awal lagi, merisik pun belum lagi, baru main mata, panjang lagi, bagi saya (tahaluf) proses yang panjang.
"Setakat ini lebih tertumpu kepada PRK sahaja," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.