Jangan rahsiakan kes positif anda!

Iklan
Foto 123rf

SEJAK September lalu, penetapan harga siling bagi kit ujian pantas (RTK) antigen secara kendiri di pasaran menyebabkan orang ramai kini boleh melakukan ujian Covid-19 sendiri.

Jika ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) di klinik dan hospital memakan kos sehingga RM80 hingga RM300, kit kendiri ditetapkan pada harga M19.90 pada waktu itu.

Iklan
Iklan

Hari ini, lambakan pelbagai jenis kit ujian kendiri di pasaran menyebabkan ada premis yang boleh menjualnya pada harga di bawah RM5.

Pendek kata, ujian kendiri Covid-19 kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja!

Iklan

Kemudahan ujian kendiri itu menyebabkan banyak syarikat yang melaksanakan peraturan setiap pekerja melakukan ujian setiap seminggu sekali atau setiap kali mahu masuk ke pejabat selepas bekerja di rumah dan bercuti.

Bagaimanapun, apabila tugas menguji dan mengesahkan ujian positif dibuat secara sendiri, maka ia juga datang dengan tanggungjawab besar.

Iklan

Selain perlu melakukan ujian dengan teliti dan tepat, keputusan ujian juga harus diisytiharkan dengan telus dan jujur.

Beberapa media baru-baru ini melaporkan terdapat perbuatan culas sesetengah individu yang tidak memaklumkan kes positif mereka daripada pihak berkuasa terutamanya apabila mereka tidak bergejala.

Perbuatan mementingkan diri itu dipercayai bagi mengelakkan mereka berdepan dengan pelbagai SOP dan urusan remeh termasuklah perlu kuarantinkan diri selama 10 hari.

Dan, lebih teruk ada yang menyembunyikan kes positif mereka kerana bimbang dilarang bekerja dan akan dipotong gaji.

Walaupun, perbuatan merahsiakan keputusan positif ujian Covid-19 mungkin dilihat kesalahan kecil dan bersifat individu, namun ternyata kesannya sangatlah besar.

Ini kerana selain Kementerian Kesihatan Malaysia tidak memperoleh statistik sebenar penularan Covid-19 di Malaysia, lebih buruk lagi pihak berkuasa gagal mengesan individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan orang positif.

Walaupun kehidupan kita hari ini, semakin menghampiri normal namun, kita masih belum bebas daripada cengkaman Covid-19.