GPS menang besar sekiranya pengundi tidak keluar mengundi

Iklan
Ismail Adnan (atas), Mohd Razlan (bawah, kiri) dan Mujibu (bawah, kanan) semasa Wacana Sinar edisi ke-311 yang bertajuk PRN Sarawak: Tunaikan Janji Manismu di platform Sinar Harian pada Selasa

SHAH ALAM - Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini akan menang lebih besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) sekiranya ramai pengundi tidak menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UITM), Mujibu Abd Muis berkata, ini kerana GPS mendapat kelebihan disebabkan parti gabungan itu merupakan penyandang kerajaan sebelum itu.

Iklan
Iklan

"Saya rasa kalau pengundi tak balik mengundi, ada pengundi yang hilang semangat untuk mengundi, ia menjadikan GPS akan menang lagi besar.

"Kerana apa? Kalau tidak mengundi atau orang luar tidak mengundi, atau ada pengundi atas pagar, peristiwa di Melaka bakal berulang. Ramai yang atas pagar menyebabkan Barisan Nasional (BN) di Melaka menang besar.

Iklan

"Sebab pengundi akar umbi yang digerakkan oleh parti selalu beri kelebihan kepada penyandang dan mereka ada kelebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Wacana Sinar edisi ke-311 yang bertajuk PRN Sarawak: Tunaikan Janji Manismu di platform Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Turut menjadi panelis, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Selain itu, Mujibu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya diperluaskan bidang kuasa bagi membolehkan pilihan raya dijalankan dengan telus.

"Saya rasa perlu berbincang barangkali SPR dilebihkan kuasa bukan sahaja buat pilihan raya, umum pilihan raya dan buat pendaftaran pilihan raya, tetapi diperluaskan dalam perspektif memberi kuasa.

"Ini sekiranya berlaku apa-apa yang disifatkan sebagai kecemasan dan luar jangka. Ini perkara yang boleh difikirkan. Medium diperbesarkan. Jadi isu ini tidak timbul,” ujarnya.