Parlimen UK lulus peraturan baharu, wajibkan pakai pelitup muka

Iklan
Seorang lelaki memakai pelitup muka ketika berada di stesen kereta api Waterloo di London. - Foto AP

PENGGUBAL undang-undang Britain pada Selasa bersetuju meluluskan peraturan-peraturan baharu berkaitan Covid-19 bagi mengekang penularan varian Omicron.

Ia termasuk mewajibkan penggunaan pelitup muka di semua tempat awam tertutup di England.

Iklan
Iklan

Usul itu diluluskan dengan 441 undi menyokong, manakala 41 undian menolak.

Selain itu, turut dipersetujui, pengenalan pas Covid-19 ketika acara besar diadakan di England yang menerima 269 undi menyokong dan 126 undi menolak.

Iklan

Ia menghendaki bukti vaksinasi atau keputusan negatif ujian saringan Covid-19 ditunjukkan sebelum seseorang dibenarkan memasuki kelab malam atau acara yang melibatkan kelompok yang ramai dan sesak.

Namun, Perdana Menteri Boris Johnson berdepan tekanan ahli Parti Konservatif yang menentang rang undang-undang tersebut.

Iklan

Ia memberi cabaran hebat kepada kuasa Perdana Menteri yang ratingnya telah menjunam susulan skandal dan dakwaan ingkar arahan sekatan yang dikenakan susulan pandemik.

Pelaksanaan peraturan-peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan dalam minggu ini.

Selain itu, peraturan berhubung isolasi kendiri juga diubah mengikut kesesuaian. - Awani