Alonso pengendali baharu Uruguay

Iklan
Diego Alonso

BEKAS pengurus Inter Miami dan Monterrey Diego Alonso dilantik jurulatih baharu Uruguay, kata persatuan bola sepak negara itu.

Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kontraknya, namun media tempatan melaporkan Alonso menandatangani perjanjian sekurang-kurangnya sehingga tamat kelayakan Amerika Selatan.

Iklan
Iklan

Pengendali berusia 46 tahun itu menggantikan Oscar Tabarez, yang dipecat bulan lalu selepas 15 tahun memegang jawatan tersebut.

Pemecatan Tabarez rentetan keputusan buruk yang menyebabkan pemenang dua kali Piala Dunia itu menduduki tempat ketujuh dalam kumpulan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Amerika Selatan.

Iklan

Untuk rekod, empat pasukan teratas layak secara automatik ke pusingan akhir manakala pasukan di tempat kelima akan ke playoff antara benua.

La Celeste kini hanya satu mata di luar kelompok empat teratas, dengan empat perlawanan terakhir di tempat sendiri berdepan Venezuela dan Peru, diikuti kunjungan ke Paraguay dan Chile.

Iklan

Alonso berpengalaman di peringkat kelab dengan melatih Penarol dan Bella Vista di Uruguay serta kelab Paraguay, Olimpia dan Guarani.

Tempoh kejurulatihannya yang paling lama ialah di kelab sensasi Mexico Pachuca, yang dia memimpin kejuaraan Mexico pada 2016, selain pernah memenangi kejuaraan liga CONCACAF bersama Pachuca dan Monterrey.