Harga sayur, ayam kembali stabil

Iklan
Aris menunjukkan harga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu yang dijual pada harga RM7.90 sekilogram berbanding kawalan RM9.30.

KOTA BHARU - Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang berkuat kuasa pada 7 Disember lalu mula memberi impak positif apabila harga sayur dan ayam kembali stabil selepas naik mencanak sebelum ini.

Timbalan Pengarah (Pencegahan) Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Aris Mamat berkata, ia turut dibantu oleh bekalan kedua-dua barangan keperluan harian itu yang semakin banyak di pasaran ketika ini.

Iklan
Iklan

"Hasil pemantauan mendapati, pihak kami mendapati kebanyakan harga sudah turun dan semakin stabil seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas turun padang membuat pemantauan dan pelaksanaan

SHMKM di Pasar Siti Khadijah di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Ketua Pegawai Penguatuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri.

Menurut beliau, selain itu kebanyakan peniaga mengikut sepenuhnya harga yang telah ditetapkan di bawah skim berkenaan.

Aris (kanan) turun padang membuat pemantauan dan pelaksanaan SHMKM di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, apa yang mengejutkan ada harga ayam di Pasar Siti Khadijah dijual pada harga RM7.90 sekilogram berbanding harga kawalan RM9.30.

Aris berkata, sepanjang pelaksanaan SHMKM bermula 7 Disember hingga Selasa sebanyak 11,474 premis perniagaan melibatkan pemborong dan peruncit telah diperiksa di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu sebanyak RM7,900 kompaun telah dikeluarkan kepada pemborong dan peruncit sepanjang tempoh tersebut.

"Selain itu, pelbagai barangan runcit bernilai RM1,980 telah disita," katanya.