Gelagat pelajar dan peminat astronomi berbaring bagi menyaksikan hujan meteor Geminid memandangkan keadaan persekitaran di Balai Cerap (peribadi) Lim Choon Kiat, Pulau Betong di Balik Pulau, hampir sempurna.
Hujan meteor Geminid terhasil daripada Asteroid 3200 Phaethon yang terbakar ketika memasuki atmofera bumi, menghasilkan pancuran cahaya yang juga dikenali sebagai ‘tahi bintang’ dalam kalangan masyarakat. Ia akan berlaku sekitar Disember setiap tahun.